Saturday 27 July 2013

week 8

assalamualaikum..
dah lama sangat tak tulis kat blog..minta maaf sangat2..
sebenarnya tak tahu nak kongsi apa kat sini, memandangkan cuti ni langsung tak buat apa2. 
sepanjang hari duduk kat rumah je..
rindunya nak jalan2 dengan keluarga..
bila takde lesen, kereta pun tak jalan..huhu

ramadhan kali ni, cuma tinggal kami perempuan je kat rumah..
abang dan adik lelaki dua2 kat kolej..
sangat terasa kekosongan bila berpuasa tanpa ahli keluarga yang lain, terutamanya ayah.
tapi bila diingat balik, bersyukur sangat sebab sempat berpuasa dan beraya dengan ayah tahun lepas.

hari ni dah masuk hari ke 18 ramadhan..
di pertengahan ramadhan inilah saatnya kita menilai sendiri  dan renungkan bagaimana kualiti ibadah puasa yang sudah kita jalankan,
di saat masih tinggal kurang dari setengah bulan lagi dan sebelum ramadhan tahun ini benar-benar meninggalkan kita.


muhasabah kepada diri sendiri:
sudahkah kita menjalani puasa dengan tidak sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga telah mampu menahan diri dari segala hal yang dapat mengurangi atau menghilangkan pahala puasa kita..
sudahkah kita menghidupkan malam-malam ramadhan (qiyamullail)..  
sudahkah kita membaca al-Quran, dan mencuba memahami isi kandungannya?, dan ibadah sunat lainnya. 
jawapannya tentu terpulang kepada diri kita masing-masing. 


Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini..

ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya.
Banyakkan membaca doa ini :


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا


Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami..



minggu ni tak berapa sihat..
dalam setahun mesti ada demam walaupun sekali..
namun saya mesti bersemangat, misi kejayaan hampir tiba..in shaa Allah ada rezeki..
misi apa? hehe..
bila misi selesai saya akan ceritakan dalam entry akan datang..
in shaa Allah..

Saturday 13 July 2013

week 5

assalamualaikum~

dah lama tak update blog..
internet punya pasal..hhuhu..
apapun minggu ni adalah minggu ke-5 untuk my 12 week journal.

what I have learnt about myself this week?
saya seorang yang sensitif dan cepat terasa dengan sindiran orang lain terhadap diri saya. kadang-kadang bagi orang lain, mereka tengok muka saya selamba je walaupun kena sindir. tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu. semuanya saya pendam je. huhu..orang jenis phlegmatic memang macam ni ye? tapi apa yang orang kata takkan mudah patahkan semangat saya. saya tak mudah putus asa hanya dengan kata-kata sebegitu. saya anggap kata-kata tu sebagai satu cabaran kepada saya, dan buktikan kepada mereka saya boleh buat yang lebih baik.

what function did I attend this week?
minggu ni tak ke mana-mana. kiranya ini adalah minggu ke-2 saya bercuti. saya hanya duduk di rumah dan buat apa2 yang patut je. kadang2 tolong ajar adik buat kerja rumah diorang. 

what lesson did I get from reading this week?

Tuhan Lebih Saintifik, karya Dr Farhan Hadi dan kata pengantar oleh Fatimah Syarha. novel tarbiah ni sangat best lebih2 lagi ia berkaitan sains. banyak fakta menarik tentang sains berkait dengan islam yang telah saya belajar daripada novel ini.

di dalam novel ini dimulakan dengan watak seorang pelajar, Zulkarnain yang menghantar tugasan kepada pensyarahnya, Dr Donald. Dr Donald merupakan seorang pensyarah muda yang berketurunan india yang mengamalkan ateis. dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya  dan sering menyelitkan fahamannya di dalam kuliah anatomi kepada pelajar-pelajar perubatan.

dalam masa yang sama, ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. dia menolak sains secara total dan menganggap segala kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka.

Satu persatu tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Donald berjaya dipatahkan oleh Dr Ahmad Zabidi, seorang doktor pakar bedah Islam. Nak tahu apa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Donald kenalah beli dan baca buku ini. Bahasa yang mudah untuk difahami serta membuatkan pembaca untuk terus membaca dan membuatkan saya menghabiskan novel ini dalam masa sehari je.


Apabila pengetahuan sains semakin mendalam, ia bukan bermaksud kita jauh dari Allah tetapi ia mendekatkan kita pada pencipta kita kerana TUHAN LEBIH SAINTIFIK.


what did I learnt from any audio or visual materials this week?
minggu lepas, saya tengok rancangan tv J.O.M (jalan orang mukmin). daripada rancangan ni, saya telah pelajari sesuatu iaitu perbezaan antara siyam dan qiyam ramadhan. 

1. Siyam
Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS Al-Baqarah: 183)
Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa). Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Siyam bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.

2. Qiyam
Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).  


what activities that I do this week and what are the lessons that I learned?
hari selasa lepas saya mula belajar menjahit baju daripada mak. mula-mula belajar buat ukuran baju, kemudian gunting, jahit sisi dan sambung jahitan tersebut. saya mula dengan baju raya saya sendiri. pada mulanya saya agak keliru dengan cara mengukur panjang baju. ada sekali tu saya tersilap gunting kain pada bahagian lengan, nasib baik tergunting sikit je. last2..mak jahit sikit bahagian yang terpotong. tapi nampak cacat sikit lah baju raya saya..huhu..salah sendiri jugak. nampaknya banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, bukan setakat akademik je..

salam ramadhan  =)

Saturday 29 June 2013

week 4

asssalamualaikum

minggu ni dah masuk seminggu untuk cuti semester 2...
apa nak buat masa cuti ye??
cuti semester ni duduk kat rumah je...nak rajin2 kan diri buat kerja2 rumah.
duduk kat kolej mana ada buat kerja2 mengemas macam kat rumah.
sebab dah lama tak buat kerja2 ni, badah cepat letih..huhuu..
plan nak ambik lesen kereta cuti ni..tapi tak tau la...mak tak bagi dulu..huhu..

semalam saya baru habiskan novel yang dibeli 4 bulan lepas.
baru sekarang dapat baca sebab kalau kat kolej langsung takde peluang pun nak baca novel..
bukan apa, kalau baca novel ni memang rasa macam tak ingat dunia..
duduk berjam2 semata-mata nak habiskan satu novel tu...
jadi kerja lain pulak banyak yang tertangguh.
tapi novel ni memang best...tajuk dia 'suami yang kubenci'..
cerita dia macam cerita komedi...kalau baca, ada je yang lucunya...
hehe entahlah...saya pun bukan jenis yang minat sangat baca novel...tak tau nak komen macam mana..hee..
tapi novel ni boleh tahan lah..

hari ni pulak kat rumah, kami adakan kenduri tahlil...
memang penat seharian buat kerja2 mengemas, memasak, membasuh...
dari pagi tadi sampailah sekarang..
akhirnya kerja dah selesai..huhu..

ok..kepada yang baru start cuti sem hari ni., selamat bercuti ^_^
sekarang nak berehat pulak..hehe ;p





Friday 14 June 2013

week 2- al-Fatihah buat ayah

assalamualaikum..salam sayyidul ayyam..


10/6/2013
Pagi tu pada pukul 3.28 am, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada mak. Mak kata ayah tak sedarkan diri dan minta saya bacakan yassin dan berdoa banyak-banyak untuk kesembuhan ayah. Masa tu, walaupun tengah mamai, saya tetap bangun dan bacakan yassin untuk ayah. Pagi tu saya bangun seperti biasa. Sebelum bersiap-siap untuk ke dewan peperiksaan, saya sempat baca nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ni. Tapi pagi tu, saya dapat panggilan lagi daripada sepupu saya. Dia bertanya samada saya nak balit Sarawak untuk melihat keadaan ayah atau tak. Mula-mula saya buat keputusan untuk balik pada hari khamis memandangkan saya masih ada ujian pada petang tu, hari selasa dan khamis. Lepas tu, abang saya pula yang menelefon dan mendesak saya untuk balik pada hari tu juga. Masa tu rasa keliru sangat. Sukar membuat pilihan samada untuk tinggalkan peperiksaan pada petang tu, atau balik ke Sarawak. Akhirnya saya membuat keputusan untuk balik salepas tamat ujian pada pagi itu.

Selepas tamat ujian waktu pagi, saya minta kebenaran dengan pengawas peperiksaan untuk skip exam pada petang itu. Pukul 1.30 petang, abang dan sepupu saya datang menjemput saya. Kami terus ke lapangan terbang. Masa kat sana, saya asyik memikirkan bagaimana keadaan ayah. Bila mendapat mesej daripada adik, adik kata ayah dah  tak ada.ayah sudah pergi menuju Ilahi. Saya jadi sebak, namun saya redhakan saja pemergian ayah. Sampai saja di Kuching, sepupu saya dari sana terus membawa kami ke tanah perkuburan. Semua saudara mara menunggu kepulangan kami sebelum ayah dikebumikan. Buat kali terakhir, saya mencium dahi dan pipi ayah. Agak terkilan juga setelah hamper 4 bulan tidak berjumpa dengan ayah. Kali terakhir semasa ayah menghantar saya ke lapangan terbang setelah cuti semester 1 tamat. Malam tu, dan malam seterusnya,kami adakan majlis tahlil untuk arwah ayah.

Tapi pada hari rabu, saya terpaksa balik ke asrama sebab nak menduduki ujian pada keesokan hari. Alhamdulillah, saya dapat menjawab ujian dengan tenang. Pesan ayah buat kali terakhir tidak saya lupa. ‘’belajar rajin-rajin…solat dan doa jangan lupa’’. In shaa Allah, pesan ayah akan saya ingat selalu. Hanya perlu tabah dan sabar dengan ujian yang Allah berikan. Ada sesuatu yang ingin Dia berikan pada kita lewat ujian ini. Pasti ada hikmahnya. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah…


Allah itu Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, maka dapat dilihat pada sesebuah perjalanan kehidupan sekalian manusia, apabila kita dah merancang sebenarnya Tuhan juga yang menentukan akhirnya.. setiap insan itu Allah dah aturkan satu perjalanan hidup yang cantik.. cumanya, kita sebagai hambanya takkan pernah tahu bagaimana aturan kehidupan kita, kerna itu rahsiaNya.. dan untuk itu, Dia menitipkan ujian buat hambanya untuk menguji kehambaan kita padaNYa, dengan jalan yang kita mahu corakkan..
- dari sahabat-

Saturday 8 June 2013

week 1 : study week

Assalamualaikum , n_n

sedar tak sedar, study week tinggal sehari je lagi. hari isnin dah mula exam. tak terasa masa yang beralu. nasib baik dah buat persediaan awal sebelum study week, jadi tak lah stress sangat masa nak buat ulangkaji. setakat ni, Alhamdulillah, plan belajar dalam study week semua berjalan dengan lancar.

minggu ni kira macam minggu senyap. jadi saya pun duduk senyap,terperap kat dalam bilik dan belajar sorang-sorang. pergi library tak..study group pun tak..rasa lebih senang kalau belajar sendiri sebab tak ada gangguan. kawan-kawan pun tak ada yang nak ajak study group. hmm... tak apa lah. setiap orang ada cara belajar masing-masing. roomate pun jarang ada kat bilik sebab selalu study group dengan kawan kawan dia. jadi mudah lah bagi saya yang biasa ulangkaji dalam suasana yang sunyi. 

masa study week ni lah saya ambil peluang buat nota-nota ringkas. tapi masa buat nota, saya sedar juga banyak lagi perkara yang masih kurang faham. nak tak nak kena baca balik nota asal. lepas tu, untuk subjek-subjek yang kiranya agak susah ni, saya cuba buat soalan-soalan past-year. punya lah susah. terpaksa rujuk balik kat nota walaupun ingat nak cuba jawab tanpa rujukan. nampak sangat ilmu yang ada ni masih tak cukup untuk bawa masuk ke dewan..huhu...risaunya...

minggu lepas ada dengar ceramah ustaz syaari pasal exam. kata ustaz ''ukuran kecemerlangan bukan hanya pada ilmu semata-mata, ia ada pada sikap. Siapa yang tak putus asa, dia yang akan menang.''  exam lah yang menentukan kita berdisiplin dalam dunia akademik. Berkat itu integriti, pointer itu competency. hmm..memandangkan pointer semester lepas kurang baik, semester ni saya dah usaha sebaik mungkin. moga usaha kali ni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.


buat kawan-kawan, good luck untuk final exam ni..
bittaufiq wannajah fil imtihan!! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Allah, berilah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..aamiin
ingat..janganlah direnung letihnya usaha, tetapi renunglah manisnya kejayaan..
all the best!! =)





Friday 24 May 2013

mawar berduri

Assalamualaikum & salam Jumaat,

alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menghadiri satu program bicara wanita di kolej.tajuknya 'mawar berduri era kontemporari' yang disampaikan oleh ustazah zawiah hasan. sedikit pengisian ilmu yang bermanfaat pada hari jumaat yang berkah ini.


siapakah mawar berduri? wanita solehah ibarat mawar berduri yang durinya bertujuan untuk melindungi dirinya daripada lelaki ajnabi,duri yang merupakan  pembatasan aurat dan akhlaknya. mawar berduri adalah wanita yang baik budi pekertinya, baik akhlaknya, cantik di mata suaminya serta menjaga kehormatan, maruah diri dan agamanya.

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " sesungguhnya dunia dan isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah". ( hadis riwayat Muslim)

wanita yang solehah bukan pada nama tetapi pada akhlaknya. hebatnya seorang wanita adalah dimana kita memiliki ciri2 wanita solehah. apabila ditanya kepada Rasulullah SAW, siapakah wanita solehah? jawab Rasulullah, wanita solehah adalah apabila kamu melihatnya, hati kamu tenang.

Wanita amat mudah untuk memasuki syurga berbanding kaum lelaki kerana kaum lelaki akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak dan isterinya dan mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Islam . Kaum lelaki juga akan bertanggungjawab kepada keperluan ibu bapanya dan adik-adiknya yang belum berkahwin walaupun dia telah mendirikan rumah tangga. apa yang penting kepada wanita adalah taat kepada Allah, Rasul dan juga suami dan sebelum berkahwin, wajib taat kepada ibu bapa.

peranan dan tanggungjawab wanita adalah sama dengan lelaki. wanita muslim harus berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya. apa yang membezakan wanita lain dan wanita solehah adalah keimanan dan akidah yang mantap. kekuatan iman penting bagi seseorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran terutamanya pada era kontemporari ini. olah itu, apa sahaja perkara baik atau buruk yang kita lakukan, walau kecil sekalipun, akan dibalas oleh Allah.



wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menhiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat tepuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. 

moga bermanfaat.. =)
in shaa Allah, yang baik datang dari Allah SWT, yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. =)


Friday 10 May 2013

coaching session

assalamualaikum...

alhamdulillah..
sesi coaching sudah selesai
jadi disini saya nak buat kesimpulan tentang setiap sesi yang telah dijalankan

sesi 1: Goal Setting
untuk sesi pertama, saya telah mempelajari bahawa setiap orang pasti ada matlamat dan impian dalam hidup masing-masing dan untuk mencapai sesuatu matlamat itu bukan mudah. dalam proses untuk mencapainya, pastinya akan ada halangan dan cabaran sebelum menemui kejayaan. kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi. tidak siapa pun yang " merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal untuk merancang". 

sesi 2: 360 degree Feedback
sesi kedua berkaitan dengan kelemahan dan kekuatan diri. kami diminta untuk mendapatkan feedback dari orang lain tentang kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. daripada sesi ni, saya dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan saya. sebab sebelum ni, saya hanya nampak kelemahan diri sendiri saja. tapi, bila mendapat feedback dari keluarga dan kawan2, saya menjadi yakin bahawa saya juga ada kelebihan tersendiri. kelemahan juga haruslah dijadikan sebagai satu panduan ke arah memperbaikinya kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan perbaiki. setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. jadi, kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

sesi 3: Wheel of Life
dalam sesi ni, kami diminta untuk 'rangking level of satisfaction' dalam setiap aspek kehidupan seperti personal growth, study, health, money, fun and leisure, family and friend, physical environment, dan spiritual or religious well-being. daripada hasil yang saya dapat, saya lihat bahawa aspek2 kehidupan saya tak begitu seimbang (agak bumpy). banyak perkara yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi kewangan, personal growth dan study. perkara ini juga agak berkaitan dengan pengurusan masa yang efektif, bagaimana untuk membahagikan masa untuk melakukan perkara2 diatas dengan seimbang.
"Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material."

sesi 4: Wrap-up Session
sesi terakhir dalam coaching session. semasa sesi ini, kami telah berkongsi tentang apa yang telah kami palajari dan apa yang kami telah capai sepanjang sesi ini berlangsung. sesi perkongsian sebegini memberi manfaat kepada kami semua. dari sini, kami berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing tentang kehidupan. banyak pengajaran yang saya dapat dalam perkongsian ini.



"perubahan perlu ada usaha, bukan hanya pada bicara,
  pertolongan Allah akan tiba pada mereka yang berusaha."

semoga Allah merahmati =)