10/6/2013
Pagi tu pada pukul 3.28 am, saya dikejutkan dengan satu
panggilan telefon daripada mak. Mak kata ayah tak sedarkan diri dan minta saya
bacakan yassin dan berdoa banyak-banyak untuk kesembuhan ayah. Masa tu,
walaupun tengah mamai, saya tetap bangun dan bacakan yassin untuk ayah. Pagi tu
saya bangun seperti biasa. Sebelum bersiap-siap untuk ke dewan peperiksaan,
saya sempat baca nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ni. Tapi pagi tu, saya
dapat panggilan lagi daripada sepupu saya. Dia bertanya samada saya nak balit Sarawak
untuk melihat keadaan ayah atau tak. Mula-mula saya buat keputusan untuk balik
pada hari khamis memandangkan saya masih ada ujian pada petang tu, hari selasa
dan khamis. Lepas tu, abang saya pula yang menelefon dan mendesak saya untuk
balik pada hari tu juga. Masa tu rasa keliru sangat. Sukar membuat pilihan samada
untuk tinggalkan peperiksaan pada petang tu, atau balik ke Sarawak. Akhirnya saya
membuat keputusan untuk balik salepas tamat ujian pada pagi itu.
Selepas tamat ujian waktu pagi, saya minta kebenaran dengan
pengawas peperiksaan untuk skip exam pada petang itu. Pukul 1.30 petang, abang
dan sepupu saya datang menjemput saya. Kami terus ke lapangan terbang. Masa kat
sana, saya asyik memikirkan bagaimana keadaan ayah. Bila mendapat mesej
daripada adik, adik kata ayah dah tak
ada.ayah sudah pergi menuju Ilahi. Saya jadi sebak, namun saya redhakan saja
pemergian ayah. Sampai saja di Kuching, sepupu saya dari sana terus membawa
kami ke tanah perkuburan. Semua saudara mara menunggu kepulangan kami sebelum
ayah dikebumikan. Buat kali terakhir, saya mencium dahi dan pipi ayah. Agak terkilan
juga setelah hamper 4 bulan tidak berjumpa dengan ayah. Kali terakhir semasa
ayah menghantar saya ke lapangan terbang setelah cuti semester 1 tamat. Malam tu,
dan malam seterusnya,kami adakan majlis tahlil untuk arwah ayah.
Tapi pada hari rabu, saya terpaksa balik ke asrama sebab nak menduduki
ujian pada keesokan hari. Alhamdulillah, saya dapat menjawab ujian dengan
tenang. Pesan ayah buat kali terakhir tidak saya lupa. ‘’belajar rajin-rajin…solat
dan doa jangan lupa’’. In shaa Allah, pesan ayah akan saya ingat selalu. Hanya perlu
tabah dan sabar dengan ujian yang Allah berikan. Ada sesuatu yang ingin Dia berikan pada kita lewat ujian ini. Pasti ada
hikmahnya. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah…
Allah itu
Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, maka dapat dilihat pada sesebuah perjalanan
kehidupan sekalian manusia, apabila kita dah merancang sebenarnya Tuhan juga
yang menentukan akhirnya.. setiap insan itu Allah dah aturkan satu perjalanan
hidup yang cantik.. cumanya, kita sebagai hambanya takkan pernah tahu bagaimana
aturan kehidupan kita, kerna itu rahsiaNya.. dan untuk itu, Dia menitipkan
ujian buat hambanya untuk menguji kehambaan kita padaNYa, dengan jalan yang
kita mahu corakkan..
- dari sahabat-
- dari sahabat-
SubahanaALLAH... tabahnya awak..terharu~~ T.T
ReplyDeletemoga diberi kekuatan dan takziah..