Sunday 24 March 2013

Mindset 4 minutes


Assalamualaikum.

Baru-baru ni, saya terbaca satu kisah tentang 'mindset 4 minutes' yang agak terkenal dalam jurnal perubatan kira-kira 60 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut memberi kesan dalam diri saya bahawa betapa pentingnya peranan minda untuk kita mencapai kejayaan.

Sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak mungkin manusia yang boleh membuat larian 4 minit-sebatu. Satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4 minit-sebatu, jantung beliau akan meletup! 

Walaubagaimanapun, pada  6 Mei 1954 bertempat di Oxford University, satu kejutan berlaku dalam industri sukan dunia apabila Roger Gilbert Bannister, seorang pelajar berusia 25 tahun jurusan kedoktoran di England berjaya membuat larian kurang dari 4 minit-sebatu! iaitu 3 minit 59:4 sat. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Pada tahun berikutnya, seramai 37 pelari lain pula memecahkan rekod larian 4 minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih daripada 200 pelari melakukannya! 

Apa sebenarnya berlaku? Sebenarnya Inilah peranan 'mindset'. Bannister berjaya melakukan perkara yang seolah-olah mustahil beliau lakukan. Hasilnya ramai orang mula berkata  “Hei, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh juga!”. Ungkapan mereka telah berubah! Mereka telah menukar 'mindset' yang ada dalam dirinya.

 Saya tertarik dengan satu ungkapan Sterling W.Sill iaitu 'change your belief & change your destiny'.

Apa itu 'mindset'? Ada yang mengatakan ianya cara kita berfikir ,ada pula yang mendefinisikan ianya sebagai sikap, ada juga mengatakan mindset itu kunci kejayaa dan banyak lagi definisi yang pernah diberikan oleh ramai orang berkaitan 'mindset'. Kita sering membicarakan sesuatu yang kita sebenarnya tak faham sepenuhnya, tak tahu apa sebenarnya yang dikatakan. 

Pada pandangan saya ianya merupakan kepercayaan atau satu set kepercayaan (set of beliefs), atau cara berfikir yang akan mempengaruhi perilaku (behaviour) dan sikap (attitude) seseorang yang akhirnya akan menentukan 'level' keberhasilan hidup seseorang.

Sebenarnya 'mindset'lah yang menggerakkan tingkah-laku & 'mindsetlah' juga yang menentukan sikap seseorang. Kita tidak akan boleh memaksa diri untuk lakukan sesuatu yang kita sendiri percaya ia tidak boleh lakukan.

Bagaimana pula dengan 'mindset'  kita terhadap pelajaran? Ramai yang berjaya dan tak kurang pula yang gagal. Mereka yang berjaya sudah pastinya mempunyai 'mindset' yang betul & jelas terhadap sesuatu yang dilakukannya. Mereka yang gagal adalah kerana 'mindset' mereka telah terhakis sedikit demi sedikit oleh masalah-masalah & cabaran yang berlaku dalam hidup mereka. 

Cara terbaik untuk manghalang dari berlakunya hakisan ini adalah dengan berfikiran positif & percaya kepada diri sendiri. Tiada siapa berhak menafikan kebolehan diri kita selain kita sendiri. Ramai yang sabotaj diri tanpa menyedarinya Jika anda PERCAYA anda pasti BERJAYA, begitu juga sebaliknya.

Awalilah setiap pagi kita dengan mempercayai kebolehan diri & memastikan 'mindset' kita positif dengan niat yang betul & jelas. In syaa Allah kita akan berada di PUNCAK JAYA!

Saturday 16 March 2013

Mulakan pagi dengan senyuman =)

Assalamualaikum & selamat pagi.
Mulakan pagi dengan senyuman dan Bismillah..hehe 


Rancangan hari ni, nak siapkan segala kerja,assignment dan tutorial yang semakin bertambah 
dari hari ke hari.
Semoga semuanya akan berjalan lancar, Inshaa Allah..
kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Lupakan seketika masalah yang dihadapi.
Fikir positif untuk yang lebih baik
dan tanganilah masalah tanpa masalah agar kita lebih fokus terhadap tanggungjawab yang perlu dijalankan.

Semoga hari ini juga akan berakhir dengan senyuman


Selamat menjalani kehidupan untuk hari ini..
Senyum Selalu =D

Friday 15 March 2013

Salam Jumaat n_n

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua..
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan penghulu segala hari. 
Sempena hari Jumaat yang mulia ,marilah kita berdoa akan keamanan, kesejahteraan, keselamatan seluruh Umat Islam dan juga negara Malaysia tercinta. 
Semoga segala urusan dipermudahkan dan olah Allah S.W.T





Apa2 pun semoga kita  terus kuat untuk menempuh apa juga ujian dan dugaan dalam  kehidupan ini....:)

Saturday 9 March 2013

Tentang Diri

Assalamualaikum & selamat petang =)

Disini saya ingin mencoret serba sedikit tentang diri saya. Secara amnya, saya adalah seorang yang pendiam. Walaupun pendiam, tak bermaksud saya langsung tak bercakap cuma akan bersuara apabila perlu. Ada orang cakap, orang pendiam ni bahaya sebab emosinya tak dapat diduga. Mungkin ye mungkin tidak. Dari pengalaman saya sendiri, memang ramai yang tak berani dekat dengan saya sebab saya pendiam. Diam saya ada sebabnya dan bukan kerana ego atau tak nak bekawan dengan sesiapa, tetapi saya lebih memilih diam dan bercakap apabila perlu.

Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Belajarlahdan belajarlah mengawal LIDAH dan JARI daripada perkara sia2. Berkatalah yang baik-baik atau DIAM.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya (HR Bukhari dan Muslim)



Sekian..

Tuesday 5 March 2013

PESTA KO-K



Assalamualaikum w.b.t  =)

Apa itu Pesta Ko-K? Pesta ini adalah anjuran seksyen kokurikulum, Efektif luar dan titas (SKET) Universiti Malaya yand diadakan untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang seperti persembahan, pameran, sukan dan sebagainya. 

butiran selanjutnya adalah seperti berikut :
Pesta Ko-K

Tarikh : 30th May 2013
Tempat : Dewan Tunku Canselor, UM
Masa : 9am - 10pm
Pecahan : 9am - 4pm: Pameran &  730pm-9pm: Persembahan
Key Points:
  • Sebahagian daripada program ialah Malam Kebudayaan
  • NGO yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan, penjagaan atau kaunseling kepada remaja.
  • Satu tempat untuk mempamerkan kemahiran & bakat pelajar, juga boleh menjadi tempat untuk memberitahu, menunjukkan & menyebarkan kepada komuniti masyarakat & kami apa yang pelajar kami lakukan sepanjang semester.
Jom, datang beramai2 dan sertai Pesta Ko-K 2013 =D