Assalamualaikum.
Baru-baru ni, saya terbaca satu kisah tentang 'mindset 4 minutes' yang agak terkenal dalam jurnal perubatan kira-kira 60 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut memberi kesan dalam diri saya bahawa betapa pentingnya peranan minda untuk kita mencapai kejayaan.
Sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak mungkin manusia yang boleh membuat larian 4 minit-sebatu. Satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4 minit-sebatu, jantung beliau akan meletup!
Walaubagaimanapun, pada 6 Mei 1954 bertempat di Oxford University, satu kejutan berlaku dalam industri sukan dunia apabila Roger Gilbert Bannister, seorang pelajar berusia 25 tahun jurusan kedoktoran di England berjaya membuat larian kurang dari 4 minit-sebatu! iaitu 3 minit 59:4 sat. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Pada tahun berikutnya, seramai 37 pelari lain pula memecahkan rekod larian 4 minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih daripada 200 pelari melakukannya!
Apa sebenarnya berlaku? Sebenarnya Inilah peranan 'mindset'. Bannister berjaya melakukan perkara yang seolah-olah mustahil beliau lakukan. Hasilnya ramai orang mula berkata “Hei, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh juga!”. Ungkapan mereka telah berubah! Mereka telah menukar 'mindset' yang ada dalam dirinya.
Saya tertarik dengan satu ungkapan Sterling W.Sill iaitu 'change your belief & change your destiny'.
Apa itu 'mindset'? Ada yang mengatakan ianya cara kita berfikir ,ada pula yang mendefinisikan ianya sebagai sikap, ada juga mengatakan mindset itu kunci kejayaa dan banyak lagi definisi yang pernah diberikan oleh ramai orang berkaitan 'mindset'. Kita sering membicarakan sesuatu yang kita sebenarnya tak faham sepenuhnya, tak tahu apa sebenarnya yang dikatakan.
Pada pandangan saya ianya merupakan kepercayaan atau satu set kepercayaan (set of beliefs), atau cara berfikir yang akan mempengaruhi perilaku (behaviour) dan sikap (attitude) seseorang yang akhirnya akan menentukan 'level' keberhasilan hidup seseorang.
Sebenarnya 'mindset'lah yang menggerakkan tingkah-laku & 'mindsetlah' juga yang menentukan sikap seseorang. Kita tidak akan boleh memaksa diri untuk lakukan sesuatu yang kita sendiri percaya ia tidak boleh lakukan.
Bagaimana pula dengan 'mindset' kita terhadap pelajaran? Ramai yang berjaya dan tak kurang pula yang gagal. Mereka yang berjaya sudah pastinya mempunyai 'mindset' yang betul & jelas terhadap sesuatu yang dilakukannya. Mereka yang gagal adalah kerana 'mindset' mereka telah terhakis sedikit demi sedikit oleh masalah-masalah & cabaran yang berlaku dalam hidup mereka.
Cara terbaik untuk manghalang dari berlakunya hakisan ini adalah dengan berfikiran positif & percaya kepada diri sendiri. Tiada siapa berhak menafikan kebolehan diri kita selain kita sendiri. Ramai yang sabotaj diri tanpa menyedarinya Jika anda PERCAYA anda pasti BERJAYA, begitu juga sebaliknya.
Awalilah setiap pagi kita dengan mempercayai kebolehan diri & memastikan 'mindset' kita positif dengan niat yang betul & jelas. In syaa Allah kita akan berada di PUNCAK JAYA!
No comments:
Post a Comment