Disini saya ingin mencoret serba sedikit tentang diri saya. Secara amnya, saya adalah seorang yang pendiam. Walaupun pendiam, tak bermaksud saya langsung tak bercakap cuma akan bersuara apabila perlu. Ada orang cakap, orang pendiam ni bahaya sebab emosinya tak dapat diduga. Mungkin ye mungkin tidak. Dari pengalaman saya sendiri, memang ramai yang tak berani dekat dengan saya sebab saya pendiam. Diam saya ada sebabnya dan bukan kerana ego atau tak nak bekawan dengan sesiapa, tetapi saya lebih memilih diam dan bercakap apabila perlu.
Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Belajarlahdan belajarlah mengawal LIDAH dan JARI daripada perkara sia2. Berkatalah yang baik-baik atau DIAM.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya (HR Bukhari dan Muslim)
Sekian..
No comments:
Post a Comment