sedar tak sedar, study week tinggal sehari je lagi. hari isnin dah mula exam. tak terasa masa yang beralu. nasib baik dah buat persediaan awal sebelum study week, jadi tak lah stress sangat masa nak buat ulangkaji. setakat ni, Alhamdulillah, plan belajar dalam study week semua berjalan dengan lancar.
minggu ni kira macam minggu senyap. jadi saya pun duduk senyap,terperap kat dalam bilik dan belajar sorang-sorang. pergi library tak..study group pun tak..rasa lebih senang kalau belajar sendiri sebab tak ada gangguan. kawan-kawan pun tak ada yang nak ajak study group. hmm... tak apa lah. setiap orang ada cara belajar masing-masing. roomate pun jarang ada kat bilik sebab selalu study group dengan kawan kawan dia. jadi mudah lah bagi saya yang biasa ulangkaji dalam suasana yang sunyi.
masa study week ni lah saya ambil peluang buat nota-nota ringkas. tapi masa buat nota, saya sedar juga banyak lagi perkara yang masih kurang faham. nak tak nak kena baca balik nota asal. lepas tu, untuk subjek-subjek yang kiranya agak susah ni, saya cuba buat soalan-soalan past-year. punya lah susah. terpaksa rujuk balik kat nota walaupun ingat nak cuba jawab tanpa rujukan. nampak sangat ilmu yang ada ni masih tak cukup untuk bawa masuk ke dewan..huhu...risaunya...
minggu lepas ada dengar ceramah ustaz syaari pasal exam. kata ustaz ''ukuran kecemerlangan bukan hanya pada ilmu semata-mata, ia ada pada sikap. Siapa yang tak putus asa, dia yang akan menang.'' exam lah yang menentukan kita berdisiplin dalam dunia akademik. Berkat itu integriti, pointer itu competency. hmm..memandangkan pointer semester lepas kurang baik, semester ni saya dah usaha sebaik mungkin. moga usaha kali ni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
buat kawan-kawan, good luck untuk final exam ni..
bittaufiq wannajah fil imtihan!! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Allah, berilah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..aamiin
ingat..janganlah direnung letihnya usaha, tetapi renunglah manisnya kejayaan..
all the best!! =)
No comments:
Post a Comment