Friday, 24 May 2013

mawar berduri

Assalamualaikum & salam Jumaat,

alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menghadiri satu program bicara wanita di kolej.tajuknya 'mawar berduri era kontemporari' yang disampaikan oleh ustazah zawiah hasan. sedikit pengisian ilmu yang bermanfaat pada hari jumaat yang berkah ini.


siapakah mawar berduri? wanita solehah ibarat mawar berduri yang durinya bertujuan untuk melindungi dirinya daripada lelaki ajnabi,duri yang merupakan  pembatasan aurat dan akhlaknya. mawar berduri adalah wanita yang baik budi pekertinya, baik akhlaknya, cantik di mata suaminya serta menjaga kehormatan, maruah diri dan agamanya.

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " sesungguhnya dunia dan isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah". ( hadis riwayat Muslim)

wanita yang solehah bukan pada nama tetapi pada akhlaknya. hebatnya seorang wanita adalah dimana kita memiliki ciri2 wanita solehah. apabila ditanya kepada Rasulullah SAW, siapakah wanita solehah? jawab Rasulullah, wanita solehah adalah apabila kamu melihatnya, hati kamu tenang.

Wanita amat mudah untuk memasuki syurga berbanding kaum lelaki kerana kaum lelaki akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak dan isterinya dan mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Islam . Kaum lelaki juga akan bertanggungjawab kepada keperluan ibu bapanya dan adik-adiknya yang belum berkahwin walaupun dia telah mendirikan rumah tangga. apa yang penting kepada wanita adalah taat kepada Allah, Rasul dan juga suami dan sebelum berkahwin, wajib taat kepada ibu bapa.

peranan dan tanggungjawab wanita adalah sama dengan lelaki. wanita muslim harus berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya. apa yang membezakan wanita lain dan wanita solehah adalah keimanan dan akidah yang mantap. kekuatan iman penting bagi seseorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran terutamanya pada era kontemporari ini. olah itu, apa sahaja perkara baik atau buruk yang kita lakukan, walau kecil sekalipun, akan dibalas oleh Allah.



wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menhiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat tepuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. 

moga bermanfaat.. =)
in shaa Allah, yang baik datang dari Allah SWT, yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. =)


No comments:

Post a Comment